WELCOME TO SANTUBONG WORLD

WELCOME TO SANTUBONG WORLD

Wednesday 19 October 2011

hey si gadis jiwang!!!

Woah, serasa lamanya saya tak meng update blog saya ni kan..maklumlah, sejak bergelar siswi semester akhir, busy nya memang lah mengalahkan menteri kan? hehe.. Tapi tapi tapi... sekarang saya bukan lagi bergelar siswi ye! Saya kini bergelar PENGANGGUR TERHORMAT.. saya tekan kan kembali PENGANGGUR.. what?! hari-hari tanam anggur lama-lama boleh naik segala baby tummy of my body kan...tidaaaaaakkk!

So, untuk mengelakkan diri saya daripada menanam anggur sahaja di rumah, saya rela bergelar "si gadis jiwang"...(muka memerah di pipi)  Ahaha.. Supposedly, it should be minah jiwang but instead of that, untuk kelihatan lebih sopan dan santun (sambil tersipu-sipu malu ala-ala gadis melayu gitu) I change it to si gadis jiwang. Okay la tuuu...janji pahe kan!

Guess what, cuti ni je dah masuk novel ketiga yang saya baca. Jangan tak percaya okay! Muka aja nampak tak berperasaan ala-ala The Rock tapi bila dah masuk ke dunia novel ni.....memang layaaaannnnn~ sob sob sob...silap2 boleh lebam mata nih dek kerana menangis tahap lupa diri..hehehe... :')

Hey, si gadis jiwang di luar sana!! 

Kita segeng okay! Eherm, dengan nada yang sangat bangga.. Hehe.. Apa nak malu.. Novel is our life!!!!

Okay, si gadis jiwang. Jom sharing novel yang kita baca! 


Siapa sangka, cucur bawang telah mempertemukan mereka dalam satu ‘sketsa perang’ di tepi jalan. Dari insiden itu mereka bagai dijodohkan untuk bersua lagi. Kerana terdesak dan kabur mata dengan gaji yang ditawarkan, Rudiana terpaksa berkahwin dengan Iskandar dalam rahsia atas dasar kerja semata-mata.
Bila sudah duduk serumah, mulalah berputik satu perasaan aneh dalam hati mereka walaupun masing-masing masih keras kepala. Namun, egois masing-masing terlalu tinggi melampaui Gunung Everest. Perkahwinan mereka hanya sekadar di atas kertas dan terus menjadi rahsia.
Kemunculan Khairulnizam membuatkan Iskandar gelisah bila kawan baiknya itu tertarik hati dengan Rudiana, isterinya yang mula dicintainya tanpa sedar itu. Mampukah Iskandar melihat isterinya menjadi kekasih kawan baiknya sendiri?


Okay! First time juga saya baca novel hasil garapan novelis lelaki ni.. Nervous mak!! Mula-mula tak yakin pun sebab "pssssttt...kita kaum wanita lebih sensitif kan bila melibatkan perasaan ni.. " Tapi upsss! Nampaknya selepas ni kena lah saya tarik balik kata-kata yang berat sebelah itu kan.. Hehe.. Novel ni memang terbaik! (sambil angkat kedua-dua ibu jari ala-ala Doktor Rozmey!)

Nahh, hasil penangan novel ni saya terus tutup buku, masuk dapur, ambil tepung lalu buat cucur! HAHAHA.. addicted sungguh! Kononnya sayalah watak heroin dalam novel ni..( berangan tak ingat dunia!) ;-P

Novel kedua yang saya baca,

Coke and sundae ni unik sikit jalan ceritanya..
Ala-ala komik tapi versi novel gitu..peminat komik mungkin akan jatuh cinta sampai terpancar simbol love kat mata mereka! Hehe.. (hiperbola sungguh kata-kataku!)

Mula-mula baca memang hampir nak give up jugakla sebab saya bukan la si gadis komikkan.. Tapi dek kerana sifat ingin tahu yang telah ada dalam diri sejak azali lagi membuatkan saya teruskan juga membaca.. Last-last jadi interested pulak.. 

Haa..nak tahu bagaimana cerita nya, 
Si gadis jiwang!! jangan lupa dapatkan di pasaran sekarang!

Okayla si gadis jiwang, next time kita story mory lagi yek! 

Novel " Sejam 2.50" sedang menunggu saya.. Jangan cemburu ok! Heu3... Salam.. =)


No comments:

Post a Comment